- Nama saya Zul. Pengalaman saya ini berlaku lebih kurang dua tahun lalu di tempat saya bertugas di kawasan Pasir Panjang. Pada waktu itu saya bekerja giliran malam bermula dari pukul 11 malam hingga 8 pagi. Kami bertugas seramai tiga orang dalam satu kumpulan dan berganti-ganti untuk berehat. Setelah jam lebih kurang pukul tiga pagi, giliran saya pula untuk berehat. Saya pun keluar ke suatu sudut di luar bilik saya bertugas dan di situ terdapat dua buah sofa.
Saya bangun lalu pergi ke kaunter pengawal keselamatan untuk memberitahu salah seorang pengawal yang saya kenali mengenai pengalaman saya tadi. Pengawal itu memberitahu saya bahawa tempat sofa yang saya baring itu memang 'keras'. Dia telah beberapa kali ternampak kelibat seseorang sedang duduk di sofa itu tetapi apabila dia mendekati sofa itu tiada apa2 di situ.
Itu sahaja cerita saya. Terima kasih dan selamat malam.